Sunday, 22 December 2013

CIK DAISY: Kisah Ice Blended

assalammualaikum

Jadinya sudah dalam 2 bulan meninggalkan pekerjaan sebagai pekerja restoran. Sebut aje mengenai Ice Blended ni, mulalah teringat perkara yang melucukan semasa bekerja di restoran dulu. Sebenarnya banyak lagi perkara lawak yang berlaku selain Ice Blended ni. Chef dengan Bos restoran tempat kerja tu sememangnya pasangan duo yang suka sangat buat lawak. So sepanjang bekerja tak pernah sehari pun tak gelak ,mesti gelak punya lah. Yang pendiam pun boleh jadi cakap banyak dalam masa tak sampai seminit.

Sememangnya best kan kalau tempat kerja kita tu diselitkan unsur humor, tak la stress walau keje belambak. Sebenarnya orang yang menulis ni pun bukannye jenis pandai melawak. Bila jumpa spesis happy go lucky tu hati pun turut terhibur lah ye.


Apa yang lawak antaranya adalah situasi bilamana chef kitorang dapat panggilan dari ibu beliau. Kalau mak si chef ni telefon tak lain tak bukan nak mengorder. Perbualan anak beranak ini sememangnya kelakar seperti kata pepatah mak borek anak rintik Mak chef kitorang sama saja kelakar macam anak beliau.

antara dialog diorang yang saya ingat macam ni la lebih kurang. Dpt dgr pasal chef kitorang buat loud speaker


Mak Chef : Helooo...dah nak balik ke?
Chef         : Helooo...belum lagilah, tengah nak kemas-kemas dapur ni,kejap lagi balik le
Mak Chef : Ohh ,mak nak kirim boleh.
Chef         : Nak ape?
Mak Chef : Nasi lemak ada lagi tak, Kitaorang kat rumah ni lapor belaka
Chef         : Nasi lemak habis la, Nasi goreng adalah, nak ke?
Mak Chef : Orang nak nasi lemak, tak nak nasi goreng
Chef         : La, habis tadi tak cakap awal-awal
Mak Chef : Nak kirim Ice blended lah
Chef         : Nak perisa apa?
Mak Chef : Ice blended perisa mocha dan telinga ada tak?
Chef         : Hah apa. mocha dan telinga? ( waktu tu kitorang dah gelak-gelak dah)

Brilliant ....mocha disamakan dgn muka mentang2 la bunyi dekat2 sama


Pernah dengar lagu ini 

It must been love dari roxette

kalau lagu ini berkumandang aja di radio, chef kitorang akan turut nyanyi, tetiba je dia dapat idea bila part chorus It must been love tu dia samakan dengan masa bila

It must been love= masa bila ( kan bunyi dekat2 sama tu.) hehe memang kelakar kalau dia nyanyi.Nasib baik suara sedap ye chef...

Lagi satu bila kitaorang sembang2 di dapur. Entah macam mana sembang-sembang terbuka topik pasal ulam.Mungkin kitorang waktu tu bersembang  mengenai sayur apa sedap dimakan kot.Adalah staf kitorang ni cerita pasal ulam yang dia pernah makan ni jenis berangin, sambil bertanya pada kami samada pernah makan ke tidak. 

Oh mestilah kami tidak pernah makan ulam yang berangin itiew...

 Dia punya lah perah otak untuk mengingat balik nama ulam tersebut.Sambil dia mengingat balik,dan kami pun sempat menamakan atau meneka-neka nama ulam tersebut cthnya pudina kot, pudina kan berangin, sedap kot makan daun pudina.Dulu banyak aku tanam kat belakang rumah, tapi sorry la tak pernah  pun terasa nak mengunyah daunnya.

Dalam kecoh2 meneka apakah nama sebenar ulam tersebut. Bos kitorang tetiba aje muncul sambil menyampuk( terkejut kitaorang tetiba je menyampuk). Ahhh aku tau ulam apa..kitaorang tanya balik ulam apa bos . Bos kitorang jawab ulam blue ice.

Bos memang kelakar, boring2 tak ada pelangan dia ajak kitorang main jutaria.Aiseymennn.....














1 comment: